𝐘𝐏𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍, 𝐉𝐏𝐍𝐓
Kuala Terengganu : Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) menerima kunjungan hormat daripada 3 orang Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi
Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) iaitu Encik Akram @ Amir Bin Abdul Majid, Encik Ruzlan Bin Abdul Ghani dan Cik Puan Faziani Binti Othman di pejabat YPM semalam.
Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan mengenai potensi kerjasama yang boleh diteroka bersama. Kunjungan ini juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan disamping membincangkan hala tuju pendidikan digital masa kini.
Hasil perbincangan, kedua-dua pihak bersetuju bahawa perlunya rancangan jangka panjang mengenai pendidikan digital memandangkan ia akan menjadi asas kepada sistem pendidikan pada masa depan setelah dibuktikan dengan kejayaan anak-anak Terengganu di sekolah rendah dan menengah yang mengharumkan nama negeri Terengganu dan Malaysia ke persada antarabangsa.
Satu hal yang perlu diakui, sistem pendidikan hari ini seharusnya didigitalkan selari dengan perkembangan dunia teknologi komunikasi ditambah pula dengan senario kehidupan semasa yang dihimpit penularan pandemik COVID-19.
Selain itu, guru perlu diberi kemahiran dalam mengaplikasi alat digital secara berkesan dan strategi pengajaran yang bersesuaian dengan era
pendigitalan pendidikan, sama ada di ruang fizikal dan digital.
Kami di YPM mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama. Kunjungan ini diakhiri dengan acara bergambar sebagai kenang-kenangan.
