Kunjungan daripada YAYASAN BESTARI MALAYSIA

[𝟐𝟗 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟑] – 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐈𝐃𝐀𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 & 𝐍𝐔𝐑 𝐈𝐋𝐀𝐇𝐈 𝐒𝐊𝐈𝐋𝐋𝐒 𝐑𝐄𝐒𝐎𝐔𝐑𝐂𝐄𝐒

Kuala Terengganu : Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Program Yayasan Bestari Malaysia & Nur Ilahi Skills Resources, Encik Mohd Hafizuddin Hussain di Ibu Pejabat YPM hari ini. Turut hadir sama Pengurus Nur Ilahi Skills Resources, Puan Nurul Azwani Binti Mohd Razali.
Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan mengenai potensi kerjasama yang boleh diteroka bersama sekaligus perbincangan lebih menjurus berkaitan bantuan-bantuan yang disediakan oleh pihak Yayasan Pendidikan MAIDAM. Kunjungan ini juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan disamping membincangkan hala tuju pembangunan program pendidikan masa kini.
Kami di YPM mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama. Kunjungan ini diakhiri dengan acara bergambar sebagai kenang-kenangan.

FOTO

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wpChatIcon
wpChatIcon
Skip to content