

Bismilahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, syukur ke hadrat llahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya kita telah dipanjangkan usia dan diberikan kekuatan untuk bersama-sama melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan sepanjang tahun 2022. Pada tahun ini merupakan satu pembukaan lembaran baharu kepada YPM untuk memberi perkhidmatan yang terbaik, memantapkan pengurusan dan menjadi pengurus dana yang dipercayai. Walaupun kita berhadapan dengan risiko, norma dan cabaran baharu dalam keadaan Covid-19 melanda negara, sekalung tahniah dan syabas kepada seluruh warga kerja YPM yang telah memberi komitmen dan perkhidmatan cemerlang untuk membawa kemajuan dan kejayaan sepanjang masa sebagai sebuah organisasi yang dipercayai dalam pengurusan dana awam. Bersandarkan kepada visi dan misi YPM ke arah mewujudkan organisasi sebagai pengurus dana yang dipercayai dapat dicapai dan seterusnya berkeyakinan, saya percaya usaha dan komitmen yang sejajar dengan panduan kepimpinan daripada surah al-Baqarah perlu dijadikan asas yang kukuh untuk bergerak ke depan, Insya Allah. Sebagai sumber inspirasi untuk terus berusaha ke aras pencapaian yang lebih gemilang
Sekian, terima kasih.
NORHANA BINTI YAAKUB CA.(M)
Pengunjung kami













Copyright ©2022 Yayasan Pendidikan Maidam