TIDAK PASTI JANGAN KONGSI
HEBAHAN BICARA INTEGRITI SIRI 1/2025
JOM BETULKAN YANG BIASA DAN BIASAKAN YANG BETUL
Menyemak kesahihan berita adalah penting sebelum berkongsi mengenainya. Perbuatan ini sekaligus dapat menjaga keharmonian dan hubungan baik sesama manusia. Ingat, semak dulu sebelum kongsi ya 😊
#takpastijangankongsi #iguypm #ypm

BOLEH MINTA TOLONG SIKIT?
HEBAHAN BICARA INTEGRITI SIRI 2/2025
APA ITU RASUAH? Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun. Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694), terdapat 4 kesalahan utama rasuah.
1. Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009]
2. Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009]
3. Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009]
4. Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam [Seksyen 23 Akta SPRM 2009]
#saynotorasuah #ypmbebasrasuah #iguypm #ypm

PENIPUAN MC
HEBAHAN BICARA INTEGRITI SIRI 3/2025
PENIPUAN MC : RISIKO BESAR !
Penipuan MC adalah suatu tindakan penyalahgunaan atau pemalsuan surat keterangan sakit (MC) untuk tujuan tertentu atau kepentingan peribadi. Antara sebab berlaku penipuan MC adalah kerana :
1. Cuti tanpa rekod– Elak guna cuti tahunan.
2. Lari dari tindakan – Hindari amaran atau hukuman.
3. Sambung cuti – Tambah masa rehat lepas cuti umum.
4. Hal peribadi – Urus perkara lain tanpa potong cuti.
5. Tuntutan palsu – Dapatkan insurans atau faedah tidak sah.

TINGKATKAN INTEGRITI, JAUHI FRAUD !
HEBAHAN BICARA INTEGRITI SIRI 4/2025
TINGKATKAN INTEGRITI, JAUHI FRAUD !
Meningkatkan integriti dan menjauhi penipuan (fraud) adalah langkah penting dalam menjaga kredibiliti dan kepercayaan dalam persekitaran profesional atau sosial. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan integriti dan mencegah penipuan:
1) Amalkan Etika Tinggi:
Bertindak dengan jujur dan telus dalam semua hal.
2) Ikut Peraturan:
Patuhi undang-undang dan polisi yang ditetapkan.
3) Kejujuran Utama:
Sentiasa memberi maklumat yang benar dan jelas.
4) Komunikasi Terbuka:
Berbincang secara terbuka jika ada masalah.
5) Latihan dan Pendidikan:
Tingkatkan kesedaran tentang etika dan penipuan.
6) Pengawasan Berkesan:
Wujudkan sistem pemeriksaan yang kuat.
7) Bina Kepercayaan:
Kepercayaan mengurangkan risiko penipuan.

GUNA KEMUDAHAN PEJABAT UNTUK KEGUNAAN PERIBADI
HEBAHAN BICARA INTEGRITI SIRI 5/2025
"Guna Kemudahan Pejabat Untuk Kegunaan Peribadi"
Bermaksud menggunakan aset, peralatan, atau fasiliti pejabat untuk urusan yang tidak berkaitan dengan tugas rasmi. Ia melibatkan penyalahgunaan sumber organisasi dan boleh menyebabkan tindakan tatatertib. Semua kemudahan pejabat hanya boleh digunakan bagi tujuan kerja yang dibenarkan. Antara contoh penggunaan kemudahan pejabat untuk urusan peribadi adalah seperti :-
1. Penyalahgunaan Kemudahan Pejabat: Menggunakan printer, mesin fotostat, komputer, internet, dan alat tulis pejabat untuk urusan peribadi atau bisnes sendiri.
2. Salah Guna Aset & Ruang Pejabat: Menggunakan kenderaan rasmi, bilik mesyuarat, dan ruang pejabat untuk tujuan persendirian seperti balik kampung, mesyuarat perniagaan peribadi atau dropship.
3. Penggunaan Elektrik & Telefon Secara Berlebihan: Mengecas banyak gadget peribadi dan buat panggilan panjang untuk urusan sendiri menggunakan kemudahan pejabat.

TUNTUTAN PALSU
HEBAHAN BICARA INTEGRITI SIRI 6/2025
"TUNTUTAN PALSU !"
Bermaksud merujuk kepada permohonan bayaran atau penggantian kos yang tidak benar, tidak berlaku, atau sengaja dimanipulasi, dengan tujuan mendapatkan wang atau manfaat secara tidak jujur daripada majikan atau organisasi. Terdapat beberapa kesan buruk terhadap individu yang terlibat dengan tuntutan palsu seperti :-
1. Menyalahi Amanah Tuntutan palsu adalah perbuatan tidak jujur yang mencabuli kepercayaan organisasi. Contoh: Tuntut elaun perjalanan ke luar daerah, tetapi sebenarnya tidak pergi.
2. Menjejaskan Integriti Organisasi Satu tindakan salah boleh mencemarkan imej jabatan secara keseluruhan. Contoh: Guna resit palsu atau diubah tarikh untuk menuntut bayaran lebih.
3. Merugikan Kewangan Syarikat Setiap tuntutan palsu menyebabkan pembaziran wang yang sepatutnya untuk tujuan sah. Contoh: Tuntut lebih masa (OT) tanpa hadir kerja sebenar.
4. Menindas Rakan Sekerja yang Jujur Perbuatan ini boleh menyebabkan rasa tidak puas hati dan ketidakadilan dalam pasukan. Contoh: Hanya segelintir yang ambil kesempatan, yang lain terpaksa tanggung beban.
5. Berdosa & Boleh Dikenakan Tindakan Tatatertib Tuntutan palsu adalah haram di sisi agama dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Contoh: Disiasat oleh audit dalaman atau SPRM, berisiko diturunkan pangkat/ditamatkan perkhidmatan.
#IntegritiBukanTeoriTapiPilihanKitaSetiapHari
#iguypm

JANGAN SALAH GUNA WAKTU BEKERJA FLEKSIBEL
HEBAHAN BICARA INTEGRITI SIRI 7/2025
"JANGAN SALAH GUNA WAKTU BEKERJA FLEKSIBEL"
1. Gunakan masa kerja dengan amanah
Contoh: Jangan buat bisnes online waktu sepatutnya siapkan laporan jabatan.
2. Hasil kerja mesti berkualiti & siap ikut masa
Contoh: Walaupun kerja dari rumah, tugasan mesti dihantar ikut tarikh yang ditetapkan.
3. Lapor waktu & tugasan dengan jujur
Contoh: Elak isi log kehadiran pukul 8.00 pagi, tapi sebenarnya mula kerja lewat.
4. Tepati waktu walau bekerja luar pejabat
Contoh: Hadir program rasmi di lokasi luar tepat pada waktu seperti dijadualkan.
Kerja fleksibel ialah amanah. Jangan ambil mudah. Integriti dalam masa dan hasil kerja mencerminkan tanggungjawab sebenar kita.
#IntegritiBukanTeoriTapiPilihanKitaSetiapHari #iguypm

KONFLIK KEPENTINGAN
HEBAHAN BICARA INTEGRITI SIRI 8/2025
"KONFLIK KEPENTINGAN"
Konflik kepentingan berlaku apabila seseorang individu dalam organisasi menggunakan kedudukan, kuasa atau maklumat dalaman untuk kepentingan peribadi, keluarga, atau kenalan sehingga menjejaskan sesuatu tugasan rasmi.
Contoh situasi:
❓ Meluluskan pembekalan daripada syarikat milik ahli keluarga.
❓ Menyertai proses pemilihan tender yang mana rakan sendiri adalah peserta.
❓ Menggunakan maklumat dalaman untuk kepentingan pelaburan peribadi.
Kenapa perlu dielak?
❌ Melemahkan kepercayaan orang awam terhadap organisasi.
❌ Menjejaskan ketelusan dan profesionalisme.
❌ Mencetuskan ketidakadilan kepada pihak lain yang layak.
Amalan terbaik:
✅ Isytihar sebarang hubungan atau kepentingan sebelum buat keputusan.
✅ Elak terlibat dalam sebarang proses yang ada unsur berat sebelah.
✅ Rujuk pegawai atasan jika mempunyai keraguan.

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
HEBAHAN BICARA INTEGRITI SIRI 9/2025
"AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI"
Apa itu PDPA? Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) bertujuan untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi individu dalam transaksi komersial. Ia melindungi hak individu terhadap penyalahgunaan maklumat peribadi mereka.
Nilai Integriti dalam PDPA: 1. Amanah dalam Pegangan Data Maklumat peribadi seperti IC, alamat, nombor telefon dan data kesihatan mesti diurus secara amanah. Pegawai yang mengendalikan data perlu menjaga kerahsiaan dan tidak menyalahgunakannya.
Contoh: Tidak membocorkan maklumat pelanggan/kakitangan kepada pihak ketiga tanpa izin.
2. Ketelusan dan Tanggungjawab Organisasi perlu jelas tentang tujuan pengumpulan data dan bagaimana ia digunakan. Pegawai perlu bertanggungjawab jika berlaku kebocoran data.
Contoh: Pastikan ada dasar privasi dan rekod pengurusan data yang jelas.
3. Tidak Salah Guna Kuasa Menggunakan data peribadi pelanggan untuk tujuan peribadi, keuntungan sendiri atau menyebarkannya secara tidak sah adalah salah dari segi undang-undang dan integriti.
Contoh: Mengambil nombor telefon pelanggan dari sistem jabatan untuk tujuan bisnes sendiri.