Kembara Houseboat Kenyir 2023

KEMBARA HOUSEBOAT KENYIR ANJURAN KELAB AMAL KAKITANGAN YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM 2023

Kuala Terengganu : Kelab Amal Kakitangan Yayasan Pendidikan Maidam telah menganjurkan Kembara Houseboat di Tasik Kenyir selama 3 hari 2 malam. Objektif utama program adalah untuk mengeratkan ukhwah antara kakitangan di samping meneroka keindahan alam flora dan fauna di tasik buatan manusia terbesar di asia tenggara. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam telah disertai oleh 20 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Yayasan Pendidikan Maidam dan juga Pertubuhan Kebajikan Darul Akhyar. Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti menarik seperti meneroka Gua Bewah, mandi-manda di Air Terjun Sauk, melawat Taman Herba, Pokok Besar dan pelbagai aktiviti pengisian jiwa. Di harapkan program seperti ini dapat memberi manfaat dari aspek fizikal dan mental kepada semua kakitangan sebelum menyambung kembali tugasan hakiki mereka di pejabat. Jumpa lagi di lain kali!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wpChatIcon
wpChatIcon
Skip to content