[𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍, 𝟓 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑] – 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐄𝐌𝐔𝐃𝐔𝐆𝐀 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐍𝐈 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐍𝐀𝐑𝐈 (𝐊𝐔𝐋𝐈𝐍𝐀𝐑𝐈 & 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐑𝐈) 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐑𝐈𝐂𝐇𝐓𝐀𝐋𝐄𝐍𝐓𝐒 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐂𝐎𝐋𝐋𝐄𝐆𝐄 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐆𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐍𝐀𝐅 𝐓𝐄𝐑𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇
Sedang berlangsungnya proses temuduga di bilik mesyuarat Yayasan Pendidikan MAIDAM hari ini oleh pihak Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM).
RichTalents International College menawarkan penajaan Program Seni Kulinari (Kulinari & Pastri) yang ditaja penuh oleh YPM untuk golongan asnaf bagi kemasukan 2022.
Peserta yang berjaya melayakkan diri akan disediakan dengan kemudahan penginapan, makan minum serta elaun bulanan.
Peserta yang berjaya menamatkan program ini juga dijaminkan dengan penempatan kerja. Semoga ilmu dan kemahiran yang dipelajari dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran para peserta. Kami di YPM mendoakan yang terbaik buat peserta-peserta yang terlibat. Semoga Maju Jaya!
Jika ada anak-anak atau pelajar yang berminat untuk menyertai 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 𝗝𝗔𝗠𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 seperti mereka, boleh terus memohon dengan menghubungi YPM melalui talian 096223500 / 096225600 / 01126612500 atau melalui email rasmi YPM iaitu info@ypmaidam.my
