Taklimat Sistem Bantuan Aktiviti Persekolahan Daerah Besut & Setiu

𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐘𝐏𝐌 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐔 & 𝐁𝐄𝐒𝐔𝐓

Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung dengan jayanya 𝗧𝗮𝗸𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁 𝗦𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗕𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗔𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 yang disampaikan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) kepada semua guru yang terdiri dari 𝟐 𝗯𝘂𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗶𝗮𝗶𝘁𝘂 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐬𝐮𝐭.
Jutaan terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada Pihak University College Bestari (UCB), pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) setiu dan besut yang turut menyokong penganjuran program ini sehingga berjaya dilaksanakan pada hari ini.
Terdahulu, dalam taklimat berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif YPM telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan antara intipati lain juga memberikan penjelasan yang lebih lanjut dan teliti mengenai sistem bantuan aktiviti sekolah yang akan dilancarkan pada 𝟭 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟯 nanti. Pengwujudan sistem ini juga merupakan salah satu langkah untuk memudahkan guru serta memesrakan teknologi masa kini di mana semua permohonan hanya dimuatnaik secara atas talian sahaja berbanding perlu di hantar ke pejabat YPM seperti tahun sebelumnya.
𝗕𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗔𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 ini layak dimohon oleh semua sekolah rendah, menengah, agama di dalam negeri Terengganu berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Kadar maksima bantuan 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗥𝗘𝗡𝗗𝗔𝗛 bagi satu program adalah sebanyak 𝗥𝗠 𝟮,𝟬𝟬𝟬.𝟬𝟬 manakala bagi 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗡𝗚𝗔𝗛 pula adalah sebanyak 𝗥𝗠 𝟯,𝟬𝟬𝟬.𝟬𝟬. Setiap sekolah layak memohon bantuan ini maksimum 𝟯 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝘀𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻.

FOTO

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wpChatIcon
wpChatIcon
Skip to content