Keutamaan diberikan kepada anak-anak asnaf
yang tidak berpeluang untuk melanjutkan
pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi.
Rakyat negeri Terengganu yang menetap di
negeri Terengganu, beragama Islam, baligh,
berakal dan merdeka.
Terbuka kepada peserta lelaki dan perempuan dan bergantung kepada kursus latihan yang ditawarkan oleh YPM. Mempunyai minat yang tinggi untuk mengikuti
latihan yang ditawarkan oleh YPM
Bantuan awal merupakan bantuan yang disediakan untuk anak Terengganu yang baru diterima masuk untuk menyambung pelajaran pada peringkat SIJIL/MATRIK/ASASI, DIPLOMA, IJAZAH, MASTER & PHD untuk pertama kali sahaja. Bantuan awal perlulah dibuat tidak melebihi 3 bulan selepas daripada tarikh daftar belajar.
Bantuan IPT merupakan bantuan yang disediakan untuk anak Terengganu yang sedang menyambung pelajaran pada peringkat DIPLOMA & IJAZAH (asnaf fisabilillah dan miskin) manakala SIJIL/MATRIK/ASASI, MASTER & PHD (asnaf miskin) sahaja. Bantuan IPT ini akan dibuka secara 2 kali setahun dan setiap pembukaan akan diumumkan di media sosial rasmi Yayasan Pendidikan MAIDAM.
Bantuan tabung kebajikan pelajar islam terengganu merupakan salah satu bantuan yang ditawarkan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM kepada pelajar Terengganu di istitusi pengajian tinggi dalam dan luar negara yang menghadapi masalah kewangan berkaitan pengajian, musibah dan bencana. Selain itu juga bantuan ini membantu kebajikan pelajar Islam Terengganu bagi menjalankan akiviti keagaaman yang dikendalikan dibawah persatuan ataupun kelab. Kaedah permohonan adalah perlu menghantarkan kertas kerja lengkap dan perlulah dihantarkan ke Yayasan Pendidikan MAIDAM.
Bantuan program keagamaan di ipt dalam terengganu merupakan salah satu bantuan yang ditawarkan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM kepada istitusi pengajian tinggi dalam negeri Terengganu sahaja untuk menjalankan aktiviti keagamaan seperti seminar, forum atau lain-lain yang berkaitan. Kaedah permohonan adalah perlu menghantarkan kertas kerja lengkap dan perlulah dihantarkan ke Yayasan Pendidikan MAIDAM.
Bantuan program kerohanian/ akademik di sekolah merupakan salah satu bantuan yang ditawarkan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM kepada sekolah di dalam Negeri Terengganu untuk membuat program berkaitan keagaaman ataupun kem-kem kecemerlangan pada peringkat sekolah. Kaedah permohonan adalah perlu menghantarkan kertas kerja program dan perlulah dibuat tidak kurang daripada 2 minggu daripada tarikh program akan berlangsung dan had yang dibenarkan bagi sesebuah sekolah bagi mengemukakan permohonan adalah sebanyak 3 kali setahun
Bantuan tabung kebajikan pelajar dan pengurusan pondok merupakan salah satu bantuan yang ditawarkan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM kepada semua pondok yang berdaftar dengan JHEAT di dalam Negeri Terengganu untuk meringankan beban pengurusan pelajar serta membantu pembangunan pondok/madrasah/ sekolah agama. Kaedah permohonan adalah perlu menghantarkan kertas kerja berkait maklumat keseluruhan penghuni serta keperluan pondok dan had yang dibenarkan bagi sesebuah pondok/madrasah/ sekolah agama bagi mengemukakan permohonan adalah sebanyak 1 kali setahun.
Bantuan program Ulama merupakan program yang dianjurkan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM kepada pemohon pada peringkat Sarjana dan PHD ingin menyambung pelajaran ke Universiti yang ditetapkan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM dalam bidang Pengajian Islam .Program Ulama’ yang ditawarkan berbentuk tajaan secara menyuluruh kepada pelajar yang terpilih melalui proses temuduga yang akan dikendalikan oleh pihak Yayasan Pendidikan MAIDAM.
Bantuan program pengajian islam merupakan program yang dianjurkan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang dan ingin menyambung pelajaran ke Timur Tengah dalam bidang Pengajian Islam di peringkat Ijazah. Program Fuqaha yang ditawarkan berbentuk tajaan secara menyuluruh kepada pelajar yang terpilih melalui proses temuduga yang akan dikendalikan oleh pihak Yayasan Pendidikan MAIDAM.
Merupakan bantuan yang diberikan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM & STPM dimana pihak Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) membekalkan simcard percuma kepada para pelajar daripada kalangan Asnaf Miskin. Tempoh langganan data adalah selama empat (4) bulan.
Objektif bantuan ini diberikan adalah bagi memudahkan para pelajar yang menghadapi peperiksaan untuk membuat ulangkaji atau mendapatkan rujukan maklumat tambahan berkaitan pelajaran secara atas talian di mana sekarang sistem pendidikan telah beralih kepada pembelajaran secara pendigitalan.
Bantuan ini disediakan kepada pelajar yang yang cemerlang di dalam bidang akademik dan dapat menyambung pembelajaran di peringkat menengah ke kolej seperti Kolej Genius Insan USIM, Kolej Permata PINTAR dan lain-lain. Bantuan diberikan kepada pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan agar dapat membantu mereka meneruskan proses pembelajaran dengan sempurna.
Bantuan yang diberikan merangkumi pembiayaan seperti yuran pengajian, yuran asrama, yuran tuisyen, kelengkapakan uniform persekolahan, makan minum dan wang saku sepanjang tempoh pengajian.
Kursus yang ditawarkan adalah Scaffolding Erection.Tempoh latihan kursus adalah selama empat (4) bulan. Tempat latihan adalah di ABM Wilayah Timur, Jenanggor Kuala Berang.Terengganu. Yuran pengajian, asrama dan elaun latihan disediakan.
Permohonan adalah terbuka kepada kepada lelaki sahaja.
MOHON SEKARANG
Kursus yang ditawarkan adalah berkaitan program latihan kemahiran tinggi kimpalan dalam industri minyak dan gas dengan pensijilan antarabangsa.
Tempoh latihan kursus adalah selama empat (4) bulan.
Tempat latihan adalah di Shah Alam, Selangor.
Yuran pengajian, asrama dan elaun latihan disediakan.
Terbuka kepada lelaki dan wanita.
MOHON SEKARANG
Kursus yang ditawarkan adalah berkaitan program latihan rekabentuk dan pembuatan produk perkayuan.
Tempoh latihan kursus adalah selama tiga (3) bulan.
Tempat latihan adalah di Kampung Teris, Kuala Berang, Terengganu.
Yuran pengajian, asrama dan elaun latihan disediakan.
Terbuka kepada lelaki dan wanita.
MOHON SEKARANG
Kursus yang ditawarkan adalah dalam bidang seni kulinari & pastri/bakeri serta penyediaan makanan.
Tempoh latihan adalah selama 21 bulan.
Tempat latihan adalah di Shah Alam, Selangor.
Yuran pengajian, asrama dan elaun Latihan disediakan.
Terbuka kepada lelaki dan wanita.
MOHON SEKARANG
Kursus yang ditawarkan adalah berkaitan kursus jangka pendek dalam bidang bakeri dan pastri.
Tempoh kursus adalah selama sepuluh (10) hari.
Tempat kursus adalah di Kolej Komuniti Kuala Terengganu / Akademi Kulinari Terengganu Marang.
Terbuka kepada lelaki dan wanita.
MOHON SEKARANG
Program yang ditawarkan adalah Kursus Rekabentuk Animasi (Kampus Kreatif).
Tempoh latihan adalah selama enam (6) bulan.
Tempat latihan terletak di TD1303, Ladang Tok Pelam Kuala Terengganu.
Yuran pengajian dibiayai sepenuhnya oleh pihak YPM dan elaun sepanjang tempoh latihan disediakan.
Terbuka kepada peserta lelaki dan wanita.
MOHON SEKARANG
Pengunjung kami







Users Today :
Users Yesterday :
Users Last 7 days :
Users Last 30 days :
Users This Month :
Total Users : 1023654Powered By WPS Visitor Counter
Copyright ©2022 Yayasan Pendidikan Maidam
