SOALAN LAZIM
Mengenai Yayasan Pendidikan Maidam
Pendekatan YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM adalah cakna kepada golongan fokus dengan memberi pendidikan seiring kehendak pasaran berteraskan lonjakan momentum tamadun yang gemilang.
Peranan YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM adalah menyediakan kemudahan dan peluang yang lebih luas kepada masyarakat umum untuk bersama – sama menggembleng tenaga dalam menyumbang kepada pembangunan pendidikan.
YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM telah mendapat perakuan perbadanan syarikat di bawah
Akta Syarikat 1965 yang menjadikan YP MAIDAM adalah sebuah Syarikat Berhad Menurut
Jaminan pada 21 September 2014. Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) ialah syarikat
awam yang ditubuhkan dengan prinsip tanggungan ahli – ahlinya adalah terhad menurut
memorandum kepada amaun tertentu sebagaimana aku janji ahli – ahli tersebut.
Yayasan Pendidikan MAIDAM merupakan GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan) dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kerana Yayasan Pendidikan MAIDAM mengambil alih sebahagian aktiviti zakat pendidikan di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
Persoalan Umum
Sebarang kemaskini status permohonan akan dipaparkan di laman utama permohonan (Selepas daftar masuk, paparan utama terdapat status permohonan.
Tuan/Puan boleh memuat naik dokumen di bahagian pilihan 'salinan lain-lain dokumen' dan tidak perlu klik pada pengesahan.
- Akuan tersebut boleh diambil pada ruangan template dokumen YPM di laman utama permohonan
- Boleh klik link video mastautin dan akuan pendapatan: https://youtu.be/9zsLAtGDQRs
- Tuan/Puan perlu memastikan dokumen berbentuk pdf dan perlu menggunakan komputer/laptop sahaja dan scan, serta perlu memastikan dokumen tidak melebihi saiz 1 MB.
- Boleh klik link video https://www.ilovepdf.com/compress_pdf-
Boleh lengkapkan dahulu permohonan dan tekan pengakuan/pengesahan serta menunggu semakan daripada pihak pegawai. Selepas semakan pegawai akan membuka ruangan baru untuk memuatnaik dokumen yang berkaitan.
- Boleh klik link https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran
(bagi pencen kerajaan)
- Boleh klik link https://vibes.jhev.gov.my/portal (pencen ATM)
Berkaitan Borang
- Tekan lupa kata laluan di daftar masuk > Masukkan Mykad dan No Telefon yang didaftarkan.
- Jawapan : i- Sepadan : Semak email pada bahagian SPAM
ii- Tidak Sepadan : Hubungi 09-6223500/ 096225600
- Upload dokumen: Daftar masuk (Ic dan Kata Laluan) > Tekan upload dokumen > Pilih dokumen yang dikehendaki.
- Dokumen sokongan (kesilapan mengupload dokumen kali pertama): Seperti diatas > Upload di “Salinan Lain-lain dokumen 1-5).
- Akhir: Pilih dokumen dan Upload:
- Berjaya (Selesai)
- Tidak Berjaya (Sila pastikan saiz dokumen yang diupload tidak melebihi 1MB)
- Daftar Pengguna (http://yp.maidam.gov.my/iptonline/) > Daftar masuk (Ic dan Kata Laluan) > Status permohonan*
- Sedang Memohon:
- Permohonan dalam proses untuk dilengkapkan oleh pemohon (tiada semakan akan berlaku daripada pihak pegawai kerana permohonan belum dihantar secara online)
- Kaedah menghantar secara online: Setelah selesai membuat kemaskini maklumat dan juga upload dokumen > Tekan butang pengakuan & pengesahan.
a)Permohonan Dihantar:
Permohonan sudah dilengkapkan dan dihantar secara online (tunggu semakan pegawai)
b) Permohonan Sedang Diproses:
Permohonan di dalam semakan pihak pegawai.
Permohonan Tidak Dapat Diproses/ Pending Dokumen:
Terdapat kesilapan pada dokumen yang telah diupload (Sila baiki berdasarkan ulasan serta uploadkan kembali di salinan lain-lain dokumen)
c) Permohonan Berjaya:
Tahniah permohonan berjaya (boleh tunggu untuk proses kemasukkan duit ke dalam akaun)
Bayaran Secara EFT:
Duit akan dimasukkan ke dalam akaun 3-5 hari waktu bekerja/ sudah dimasukkan ke dalam akaun.
d) Mohon Maaf Permohonan Gagal:
Mohon maaf, permohonan gagal disebabkan tidak menepati syarat yang telah ditetapkan (Sila semak syarat serta garis panduan yang dilampirkan di laman web permohonan)
- Daftar Pengguna (http://yp.maidam.gov.my/iptonline/) > Daftar masuk (Ic dan Kata Laluan) > Upload dokumen (penuhkan) > Tekan Pengakuan dan pengesahan> Permohonan dihantar > Semakan pegawai > Pembukaan untuk upload dokumen sokongan (kali ke-2) di Salinan lain-lain dokumen.
- Pemohon boleh meneruskan dahulu permohonan walaupun tersilap upload dokumen (abaikan dokumen yang tersilap), hantarkan secara online dan pegawai akan membuat semakan serta membuka ruangan baharu bagi pembaikian dokumen. Pemohon boleh uploadkan dokumen sokongan di Salinan lain-lain dokumen.
- Tiada pengubahsuaian yang dibenarkan setelah proses MUAT NAIK selesai
- Boleh hubungi pihak kami di Yayasan Pendidikan MAIDAM:
- 09-6623500
- 09-6625600
- 0112-6612500
- Emailkan ke info@ypmaidam.my / aduan@ypmaidam.my
- Facebook rasmi Yayasan Pendidikan MAIDAM
- Instagram rasmi Yayasan Pendidikan MAIDAM
- Pengesahan daripada MPKK/JPKK/Amil Zakat/Ketua Kampung/YB. (Dun tempat tinggal):
- Slip pengesahan permohonan bantuan
- Borang akuan pendapatan
- Borang akuan mastatutin
- Daftar Pengguna (http://yp.maidam.gov.my/iptonline/) > Daftar masuk (Ic dan Kata Laluan) > Template Dokumen YPM (bahagian atas).
- Pemohon boleh memuat turun(download) surat akuan mastautin dan akuan pendapatan daripada laman web permohonan dan mestilah mendapatkan pengesahan daripada pihak (MPKK/JPKK/Amil Zakat/Ketua Kampung/YB. (Dun tempat tinggal)) sebelum memuat naik(upload) kedalam sistem.
- Pencen Kerajaan
- Dokumen yang perlu diupload bagi ibu bapa pemohon yang berpencen kerajaan adalah Kad Pencen/ Pesara ataupun Penyata Pencen.
- Pencen Swasta
- Dokumen yang perlu diupload bagi ibu bapa pemohon yang berpencen swasta adalah Surat Akuan Pendapatan.
- Syarat utama permohonan bantuan zakat adalah ibu bapa pemohon mestilah merupakan pembayar zakat di Negeri Terengganu
- Pembayaran zakat ke Negeri selain daripada Terengganu menyebabkan permohonan tidak dapat diteruskan, melainkan:
- Ibu bapa pemohon yang bersetuju untuk membuat pembatalan zakat di negeri lain hendaklah melampirkan surat pembatalan dan slip gaji yang baharu (terdapat pembatalan).
- Bantuan Awal: Tiada penetapan nilai pendapatan bulanan ibu bapa yang ditetapkan.
- Bantuan IPT: Pendapatan maksimum yang dibenarkan adalah RM 20,000 bagi gabungan pendapatan kasar bulanan ibu bapa.
- Bantuan Tambang: Pendapatan maksimum yang dibenarkan adalah RM 20,000 bagi gabungan pendapatan kasar bulanan ibu bapa.
- Bantuan awal merupakan bantuan yang disediakan untuk anak Terengganu yang baru diterima masuk untuk menyambung pelajaran pada peringkat Sijil/ Matrik/ Asasi, Diploma, Ijazah, Master & PhD untuk pertama kali sahaja. Bantuan awal perlulah dibuat tidak melebihi 3 bulan selepas daripada tarikh daftar belajar mengikut surat tawaran.
- Bantuan IPT merupakan bantuan yang disediakan untuk anak Terengganu yang sedang menyambung pelajaran pada peringkat Diploma & Ijazah (Asnaf Fisabilillah Dan Miskin) Manakala Sijil/Matrik/Asasi, Master & PhD (asnaf miskin) sahaja. Bantuan IPT ini akan dibuka secara 2 kali setahun dan setiap pembukaan akan diumumkan di media sosial rasmi Yayasan Pendidikan MAIDAM.
Bantuan Program Melaksanakan Aktiviti Sekolah
- Terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah dalam negeri Terengganu
- Sekolah tersebut berada di dalam negeri Terengganu
- Program yang dianjurkan mestilah berbentuk kerohanian/akademik
- Program yang dianjurkan tidak berunsurkan lawatan, pelancongan, gotong-royong, majlis atau sambutan dan lain-lain.
- Bantuan boleh dipertimbangkan tidak lebih tiga (3) kali atau tiga (3) program sahaja untuk setiap sekolah dalam setahun.
- Perlu menghantar laporan/ Dokumentasi setelah program dijalankan dan telah mendapat kelulusan dari YPMAIDAM.
- Bantuan boleh dipertimbangkan seperti :
- Kem solat
- Kem peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM
- Kem kerohaian dan motivasi pelajar
- Apa-apa program yang difikirkan sesuai oleh pihak Yayasan Pendidikan MAIDAM
- Kaedah permohonan rasmi beserta kertas kerja lengkap yang mengandungi perkara-perkara di bawah:
- Objektif, sasaran dan tentatif program
- Yuran yang dikenankan
- Kos yang terlibat
- Sumber kewangan yang ada
- Pihak yang menganjur
- Tertakluk kepada keputusan mesyuarat yang ditetapkan oleh pihak majlis
- Perlu membuat bayaran semula jika program tersebut tidak dijalankan mengikut kertas kerja yang nyatakan dan mempunyai penipuan untuk kepentingan sekolah.
Bantuan Program Melaksanakan Aktiviti Sekolah
- Terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah dalam negeri Terengganu
- Sekolah tersebut berada di dalam negeri Terengganu
- Program yang dianjurkan mestilah berbentuk kerohanian/akademik
- Program yang dianjurkan tidak berunsurkan lawatan, pelancongan, gotong-royong, majlis atau sambutan dan lain-lain.
- Bantuan boleh dipertimbangkan tidak lebih tiga (3) kali atau tiga (3) program sahaja untuk setiap sekolah dalam setahun.
- Perlu menghantar laporan/ Dokumentasi setelah program dijalankan dan telah mendapat kelulusan dari YPMAIDAM.
- Bantuan boleh dipertimbangkan seperti :
- Kem solat
- Kem peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM
- Kem kerohaian dan motivasi pelajar
- Apa-apa program yang difikirkan sesuai oleh pihak Yayasan Pendidikan MAIDAM
- Kaedah permohonan rasmi beserta kertas kerja lengkap yang mengandungi perkara-perkara di bawah:
- Objektif, sasaran dan tentatif program
- Yuran yang dikenankan
- Kos yang terlibat
- Sumber kewangan yang ada
- Pihak yang menganjur
- Tertakluk kepada keputusan mesyuarat yang ditetapkan oleh pihak majlis
- Perlu membuat bayaran semula jika program tersebut tidak dijalankan mengikut kertas kerja yang nyatakan dan mempunyai penipuan untuk kepentingan sekolah.
Pengunjung kami







Users Today :
Users Yesterday :
Users Last 7 days :
Users Last 30 days :
Users This Month :
Total Users : 1023654Copyright ©2022 Yayasan Pendidikan Maidam
