Bismilahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmat dari-Nya serta berkat usaha yang diberikan oleh seluruh warga kerja Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM), Buku Laporan Tahunan YPM 2021 berjaya diterbitkan. Laporan tahunan ini adalah merupakan satu dokumentasi penting sebagai titipan sejarah yang merakamkan sumbangan, gerak kerja dan pencapaian YPM sepanjang tahun 2021. Sukacita saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh warga kerja YPM kerana telah menunjukkan momentum yang terbaik sepanjang tahun 2021, walaupun dalam keadaan negara kita dilanda ancaman wabak Covid-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang telah menghadkan aktivit dan perancangan program pada tahun tersebut. Namun, pelaksanaan yang ditunjukkan YPM dalam berterusan mengorak langkah untuk memberi manfaat kepada seluruh masyarakat khususnya di Negeri Terengganu merupakan satu usaha yang harus diteruskan pada masa-masa akan datang.

Semoga segala langkah yang diusahakan oleh YPM dapat memantapkan pembangunan pendidikan dan perkembangan organisasi bagi menjadi sebuah syarikat yang memiliki profesionalisme yang tinggi, sejajar dengan visi dan misi yang dibawa oleh YPM. Didoakan agar YPM akan terus proaktif dan maju jaya.

Sekian.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Penafian: Yayasan Pendidikan Maidam tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web

PORTAL RASMI
YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM

Lot 9 & 10, Tingkat 1,Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin, Bandar, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Pengunjung kami

1023654
Users Today :
Users Yesterday :
Users Last 7 days :
Users Last 30 days :
Users This Month :
Total Users : 1023654

Copyright ©2022 Yayasan Pendidikan Maidam

wpChatIcon
wpChatIcon
Skip to content