Bismilahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, syukur ke hadrat llahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya kita telah dipanjangkan usia dan diberikan kekuatan untuk bersama-sama melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan sepanjang tahun 2022. Pada tahun ini merupakan satu pembukaan lembaran baharu kepada YPM untuk memberi perkhidmatan yang terbaik, memantapkan pengurusan dan menjadi pengurus dana yang dipercayai. Walaupun kita berhadapan dengan risiko, norma dan cabaran baharu dalam keadaan Covid-19 melanda negara, sekalung tahniah dan syabas kepada seluruh warga kerja YPM yang telah memberi komitmen dan perkhidmatan cemerlang untuk membawa kemajuan dan kejayaan sepanjang masa sebagai sebuah organisasi yang dipercayai dalam pengurusan dana awam. Bersandarkan kepada visi dan misi YPM ke arah mewujudkan organisasi sebagai pengurus dana yang dipercayai dapat dicapai dan seterusnya berkeyakinan, saya percaya usaha dan komitmen yang sejajar dengan panduan kepimpinan daripada surah al-Baqarah perlu dijadikan asas yang kukuh untuk bergerak ke depan, Insya Allah. Sebagai sumber inspirasi untuk terus berusaha ke aras pencapaian yang lebih gemilang


Sekian, terima kasih.


NORHANA BINTI YAAKUB  CA.(M)

Penafian: Yayasan Pendidikan Maidam tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web

PORTAL RASMI
YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM

Lot 9 & 10, Tingkat 1,Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin, Bandar, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Pengunjung kami

1023654
Users Today :
Users Yesterday :
Users Last 7 days :
Users Last 30 days :
Users This Month :
Total Users : 1023654

Copyright ©2022 Yayasan Pendidikan Maidam

wpChatIcon
wpChatIcon
Skip to content