Kunjungan daripada Persatuan Kebajikan Keluarga & Kebajikan Pelajar-pelajar Pintar Terengganu

[𝟏𝟓 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟑] – 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐈𝐃𝐀𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 & 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑- 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐈𝐍𝐓𝐀𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 (𝐆𝐄𝐍-𝐓)

Kuala Terengganu : Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) menerima kunjungan hormat Pengerusi GEN-T, YM Tengku Ahmad Nawab di Ibu Pejabat YPM semalam. Turut hadir sama Ajk GEN-T yang membuat kunjungan ialah Norzaidah Binti Muhammad Nor, En Mazri bin Mamat dan Norliza Binti Supar.

Sebelum ini, pihak Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) telah terlibat secara langsung menaja 3 pelajar di bawah bantuan program tajaan pelajar pintar hasil kerjasama Persatuan Kebajikan Keluarga & Kebajikan Pelajar- Pelajar Pintar Terengganu (GEN-T).

Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan mengenai potensi kerjasama yang boleh diteroka bersama sekaligus perbincangan lebih menjurus berkaitan bantuan-bantuan yang disediakan oleh pihak Yayasan Pendidikan MAIDAM. Kunjungan ini juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan disamping membincangkan hala tuju pembangunan program pendidikan masa kini.

Kami di YPM mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama. Kunjungan ini diakhiri dengan acara bergambar sebagai kenang-kenangan

FOTO

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wpChatIcon
wpChatIcon
Skip to content