[𝟏𝟐 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟑] – 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐈𝐃𝐀𝐌 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑
Kuala Terengganu, Yayasan Pendidikan MAIDAM dengan jayanya telah mengadakan Majlis Aspirasi Lembaga Pengarah Yayasan Pendidikan MAIDAM yang bertempat di Dewan Auditorium, Jabatan Hal Ehwal Agama Kuala Terengganu.
Majlis yang dijalankan turut disempurnakan dengan kehadiran YB. Dato’ Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) beserta Lembaga Pengarah Yayasan Pendidikan MAIDAM, YBhg. Dato’ Wan Ismail bin Wan Yusoh, Pengerusi Lembaga Pengarah YPM. Prof. Dr. Abdul Hakim bin Abdullah, Ahli Lembaga Pengarah YPM dan En. Abdul Latif bin Ibrahim, Ahli Lembaga Pengarah YPM.
Kami selaku pihak Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian YB. Dato’ dan Lembaga Pengarah YPM menghadiri majlis yang dilakukan.
