[𝟏𝟗 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟑] – 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐈𝐃𝐀𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐋𝐋𝐈𝐄𝐃 𝐇𝐄𝐀𝐋𝐓𝐇 𝐒𝐂𝐈𝐄𝐍𝐂𝐄𝐒 𝐀𝐂𝐀𝐃𝐄𝐌𝐘 (𝐌𝐀𝐇𝐒𝐀) 𝐆𝐑𝐎𝐔𝐏.
Kuala Terengganu : Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) menerima kunjungan hormat daripada Pengurus Pejabat Pengarah Urusan Kumpulan MAHSA, Cik Norazlinda Melati Ismaon di Ibu Pejabat YPM hari ini. Turut hadir sama Pegawai Khas Pengarah Urusan MAHSA, En Muhammad Arif Sani Bin Shamsudin dan Pegawai Pemasaran Pembangunan Perniagaan Kumpulan MAHSA, En Muhammad Faiz Bin Ahmad.
Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan mengenai potensi kerjasama yang boleh diteroka bersama sekaligus perbincangan lebih menjurus berkaitan bantuan-bantuan yang disediakan oleh pihak Yayasan Pendidikan MAIDAM. Kunjungan ini juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan disamping membincangkan hala tuju pembangunan program pendidikan masa kini.
Kami di YPM mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama. Kunjungan ini diakhiri dengan acara bergambar sebagai kenang-kenangan.
